Posts

TRAVELOG KEMBARA MUSAFIR RAMADHAN 3H 2M KE BORNEO SABAH

Image
HARI PERTAMA 1. INTERNATIONAL AIRPORT KK Keluar ja drpd airport, terus naik kereta sewa, isi minyak dan terus menghala ke Halo Hostel. Check in dulu dan letak beg baru berjalan2 sekitar KK. 2. WATERFRONT KOTA KINABALU Terletak di Pusat Bandaraya Kota Kinabalu. Tiket parking rm1. Restoran2 yg berhadapan laut yg sesuai utk non- Muslim. Ada juga disediakan khidmat spa massage badan dan kaki di situ.. Tapi terbuka tempat urutnya. Jadi hanya tengok2 ja dan bergambar di tepi laut yg cantik tuh. 3. BUKIT BENDERA Terletak di Pusat Bandaraya Kota Kinabalu. Juga dikenali sebagai Signal Hill. Boleh drive kereta naik ke puncak. Boleh nampak KK daripada atas tuh.. Tapi Bukit Bendera KK nih berbeza la dengan Bukit Bendera yg kat Penang tuh.. Kat KK nih takde kereta kabel pon naik ke atas. Drive sendiri berhati2 naik bukit. 3. PASAR FILIPINA Pasar Filipina nih terletak di Pusat Bandaraya KK juga. Bersebelahan dengan laut. Jadi memang banyak mknn segar yg dijual. Besar2 udang galah, sot

Syria Needs Us

Image
Alhamdulillah. Setelah hampir sebulan berjumpa, bermeeting, merancang, akhirnya selesai sudah program Syria Needs You di bawah anjuran Malaysia Life Line for Syria. Volunteers adalah dari kalangan pelajar UIAM, terdiri dari pelbagai jurusan, Ilmu Wahyu, Bahasa Arab, Kejuruteraan, Sains Kemanusiaan, dan  Bahasa Inggeris. Aku masih ingat, seusai sahaja Induction kami, aku mendapat mesej dari APM1. Ya, aku telah ditaklifkan sebagai Assistant Programme Manager 3 untuk program ini. Agak berat untuk aku bawa kerana pada masa yang sama, aku juga menjadi APM untuk program persatuanku di UIA, RK Festival 14'. Pada hari program, 15hb Mac 2014, aku menjadi PIC untuk Corporate Communication aka Public Relation. Banyak perkara dan pengalaman telah aku pelajari. Dan aku pasti pengalaman2 inilah yang akan membantuku untuk jurusan tambahan Communication yang aku pelajari di UIA. Insya Allah =) Deal and usher all the VIPs and artist... Dato' Saipuddin, Rabbani, Hafiz Hamidun, Raqib A

Petua Awet Muda Cara Islam

Image
Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu  hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.  Urut muka dari bawah dagu hingga ke dahi. Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.  Minum air. Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.  Potong kuku ikut sunnah Nabi. Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.  Selawat ke atas Nabi Muhammad. Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petu

Travelog Ke ACEH

Image
Semalam, 26hb Disember adalah ulang tahun Aceh dilanda Tsunami. Aku teringat dan mengimbau kembali travelogku ke Aceh pada bulan Jun yang lalu... Lawatan Kemanusiaan ke Aceh. Secara jujurnya, tidak pernahku terfikir untuk menyertainya. Semuanya bermula pada awal semester lepas. Pada suatu malam selepas Solat Maghrib, teman sebilikku, Noor Amira melihat suatu notis lalu mengajakku untuk menemaninya menghadiri suatu temu duga Lawatan Kemanusiaan Kedua ke Takengon, Aceh. Apabila diajak teman baikku, jawapanku kepadanya, “Mira, kalau kita terpilih selepas sesi saringan temu duga tu, macam mana? Kejap ya, aku tanya keizinan mak aku dulu”. Setelah puas memanggil telefon bimbit ibuku, masih juga tidak berjawab. Kemudian, aku menghubungi kakakku, Khairiyah untuk menanyakan pendapatnya. Namun, dia yang bekerja sebagai doctor, meletakkan semula telefon kerana sibuk.  Akhirnya, Amira dan aku pergi juga menghadiri temu duga itu pada malam tersebut. Tidak ku nafikan, banyak juga soala